top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Apa Itu Defect liability period @ Tempoh liabiliti kecacatan.

Tempoh waranti rumah baru dikenali sebagai tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period).


Masih ramai antara kita yang tak tau bila dah beli rumah, rumah tu sebenarnya datang dengan waranti kalau ada apa-apa kerosakan.


Waranti ni akan mula lepas dapat je kunci rumah baru dan ada tempoh masa terhad untuk buat tuntutan.

Perlindungan yang diberikan pada pembeli ni tertakluk kepada Akta Pembangunan Perumahan, atau Housing Development Act (HDA) tahun 1966.




Sebelum itu, ingin saya ingatkan kepada anda bahawa waranti ini hanya tertakluk kepada rumah baharu sahaja yang dibeli di bawah pemaju. Ini kerana rumah yang dibina itu didatangkan waranti selama 2 tahun dan rumah anda telah dilindungi dengan klausa defect selepas and dapat notis vacant possession. J


Bila waranti ini mula aktif?


Haaa...Mesti anda tertanya-tanya kan bilakan waranti yang diberikan ini mula aktif. Untuk makluman anda semua, proses ini akan bermula selepas anda menerima notis vacant possession jadi bila pemaju sudah hantar surat untuk collect VP, segerakan ya sebab masa anda sudah mula bergerak.

Jadi apa perlu saya buat sebagai pembeli?

Nasihat kami, segeralah anda untuk mengupah @ melantik defect team yang berkelayakkan utk cek rumah anda. Jika ada sebarang kecacatan @ sebarang kerosakan, maka anda boleh ajukan perkara tersebut ke pihak pemaju untuk di atasi. Semoga penulisan kali ini dapat membantu anda dalam memiliki rumah idaman anda.


Featured Posts
Recent Posts
bottom of page