top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

PERBEZAAN UNDANG-UNDANG SIVIL DAN SHARIAH

Undang-undang sivil adalah undang-undang yang melibatkan perkara-perkara yang tidak berteraskan sumber daripada Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Ia berteraskan sumber daripada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang lain yang berkenaan. Sebagai contoh, jikalau perlanggaran kontrak berlaku antara A dan B, kesalahan tersebut telah termaktub di dalam Akta Kontrak 1950. Oleh itu, adalah munasabah untuk merujuk kepada Akta yang tersebut bagi membincangkan situasi yang dihadapi oleh A dan B. Kes-kes yang dibawa dengan rujukan kepada undang-undang sivil akan didengar/dibicara di Mahkamah Sivil. Seperti contoh, Mahkamah Majistret Shah Alam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan sebagainya.





Manakala, Shariah, adalah undang-undang yang melibatkan perkara-perkara yang berteraskan sumber daripada Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas, di mana ia membabitkan orang yang beragama Islam. Seperti contoh, kes Hadhanah (Hak Penjagaan Anak), tuntutan Fasakh, tuntutan cerai dan perkahwinan sama jenis. Kes-kes yang dibawa denagn rujukan kepada Shariah akan didengar/dibicara di Mahkamah Syariah. Seperti contoh, Mahkamah Rendah Shariah Petaling, Mahkamah Tinggi Shariah Kuala Terengganu. Kes-kes Shariah tidak dibenarkan untuk didengar di Mahkamah Sivil dan ini telah ditetapkan sebagaimana peruntukan di bawah yang telah menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Shariah:-



1) Senarai Negeri (Senarai II) di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan;


…hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi yang menganut agama Islam….hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara dalam perenggan ini…”


a) Senarai Persekutuan (Senarai I) di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan;

“4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk–


(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut:

(i) Kontrak; perkongsian; agensi dan kontrak khas lain; majikan dan pekhidmat; rumah inapan dan tuan rumah inapan;perbuatan salah boleh didakwa…


(ii) Perkara yang disebut dalam Perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang berhubungan dengan perkahwinan, penceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau perwarisan, berwasiat dan tidak berwasiat.”

1) Perkara 121 (1) dan (1A), Perlembagaan Persekutuan;


(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya… dan mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan dan Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahan itu hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.”


(1A) Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.”


Oleh yang demikian, dengan berdasarkan peruntukan di atas, adalah wajar untuk kita memahami jenis undang-undang yang dipakai dan bidang kuasa Mahkamah yang betul sebelum ingin memulakan sesuatu permohonan atau saman. Jika permohonan dibuat tidak mengikut bidang kuasa Mahkamah yang betul ia mampu merugikan masa, melibatkan kos guaman yang tinggi dan melecehkan proses permohonan atau saman. Justeru, mintalah khidmat nasihat peguam sekarang


Natasha & Co

Advocates & Solicitors I Peguambela & Peguamcara

☎️ 03-41076216

✉️ admin@natasha-co.com

🌐 https://www.natasha-co.com/

Featured Posts
Recent Posts
bottom of page