top of page

Join the Club

Join our email list and get access to specials deals exclusive to our subscribers.

Thanks for submitting!

There's always something going on here at Natasha  & Co. Be sure to check back often to read about our personal and professional endeavors.

Kenapa baju banduan atau tahanan Polis yang dipakai berlainan warna?Ini jawapannya.


Perasan tak jika kita lihat sekarang, kebanyakkan banduan atau tahanan Polis dibezakan melalui warna baju yang di pakai. Tapi apa maksud warna warna tersebut? Jom kita ulas isu ini.


Warna Putih

Baju berwarna putih dan lengan merah ini bermaksud banduan akhir. Baju ini paling dielakkan oleh semua banduan kerana individu yang memakai baju berwarna ini adalah banduan yang menunggu hukuman yang paling berat sekali iaitu hukuman mati. Namun hukuman ini dapat dielakkan sekirannya mendapat rayuan dari Mahkamah Agung agar hukuman tersebut ditukar kepada hukuman seumur hidup.


Warna Hijau Florosen

Baju berwarna hijau florosen ini bermaksud individu atau banduan tersebut berada dalam keadaan pra bebas. Banduan tersebut sebelum ini memakai baju berwarna merah, hijau dan biru namun apabila hukuman mereka hampir kepada tiga bulan sebelum dibebaskan, mereka akan memakai baju berwarna ini.


Warna Biru

Baju berwarna biru ini menunjukkan banduan tersebut dikira 'otai' atau 'orang lama'. Banduan tersebut telah menjalani hukuman melebihi 18 bulan. Dan mereka juga menghabiskan masa dengan fasa pembelajaran PPI dan bekerja di bengkel yang disediakan di dalam penjara.




Warna Hijau

Baju berwarna hijau ini menunjukkan mereka menjalani hukuman selama sehingga setahun setengah. Mereka ini juga menjalani program pengukuhan sahsiah yang terdiri dari agama dan kemasyarakatan.


Warna Merah

Baju berwarna merah ini adalah mereka yang menjalani program permodalan insan atau PPI. Mereka yang memakai baju ini perlu menjalani hukuman enam bulan ke atas dan tempoh pemakaian warna ini adalah selama tiga bulan.


Warna baju dan seluar putih

Baju berwarna serba putih ini adalah mereka yang menjalani hukuman di bawah tempoh enam bulan.


Warna Ungu.

Baju berwarna ungu ini adalah dalam kategori OKT iaitu Orang Kena Tuduh. Ini bermaksud mereka sedang di tuduh di mahkamah dan boleh diikat jamin. Namun ada beberapa juga kes, Mahkamah tidak benarkan ikat jamin dijalankan atas sebab-sebab tertentu.


Warna Oren

Baju berwarna oren ini belum lagi dikategorikan sebagai banduan. Ini adalah masih dalam kategori OKT dalam tahanan Pihak Polis.


Harap semuanya jelas dinyatakan dan dapat menambah pengetahuan anda. Kalau boleh, elakkan diri anda semua dari semua jenis baju di atas. Patuhilah undang-undang negara.


Natasha & Co

Advocates & Solicitors I Peguambela & Peguamcara

☎️ 03-41076216

✉️ admin@natasha-co.com

🌐 https://www.natasha-co.com/



Featured Posts
Recent Posts
bottom of page